Nasihat Free!

Dalam era teknologi matlumat terlalu banyak nasihat yang free yang tidak kurang bagusnya dan berkesan.

Tapi…… adakah ia berkesan untuk seseorang itu melakukan tindakan ke atas nasihat yang mereka dapat secara Free tu? Jangan tanya aku. Tanya diri sendiri. Suka hati sendiri lah nak menyedapkan betapa kita sudah buat. Nak tambah ke, Nak kurang ke… terpulang.

Ada orang suka sembang seolah-olah dia tahu semua perkara. Alihlah topik apa sekalipun memang dia tahu. Sampaikan orang gelar dia ‘ si anu serba tahu’. Ulasannya meyakinkan. Susah nak mengaku kalah.

Akhirnya orang lain diam dan mengiyakan apa yang dia cakap. Angguk jelah. Senyum jelah. Bukan tanda kita setuju dengan pandangan yang dilontarkan tapi mudah-mudahan dia ‘lega’ dengan cara begitu. Puas terpancar di matanya.

Anda mahu nasihat free? memang banyak. carilah kat mana-mana topik pilihan anda akan jumpa. Tapi percayalah buang masa sahaja cariĀ  benda yang anda perlu tapi ia free.

Titik terakhirnya ialah idea tu berhabuk dalam harddisk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *