Category Archives: Kehidupan

Kehidupan

Blog yang terbiar seketika

Pesanan Nabi sentiasa betul. Salah satunya ia. Rebutlah Lima perkara sebelum lima perkara.

Aku tidak mahu sentuh kelima-lima perkara itu pagi ini.

Satu saja nak sentuh. “ketika lapang sebelum datangnya sibuk’

Dulu aku banyak masa untuk berblogging tetapi sekarang masa agak terhad. Kita dikurniakan 24jam sehari. Tidak ada yang dapat 25jam sehari. Tetapi kenapa kita semakin sibuk sekarang? Soalan ini perlu dijawab masing-masing. Tahap kesibukan tidak serupa dengan setiap orang. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza.

Berperang dengan diri sendiripun juga adalah satu masalah. Nak buat ke taknak buat. Kalau buat dapat pahala. Kalau tak buat tak dapat pahala. Dapat dosa kerana melengah-lengahkan masa lapang dan kita buat sudah tentu kerja kita akan selesai.

Jadi dimanakah kita sekarang? Kalau masih bujang, masa lapang masih banyak yang tidak di isi dengan aktiviti yang bermanfaat. Minum dikedai jumpa kawan berjam-jam tu susah nak dikira bermanfaat kerana banyak berbual kosong.

Kalau dah kahwin, jika belum ada anak, ada juga masa lapang tetapi kena dibahagikan untuk isteri juga. BerFB, FB juga. isteri duk menunggu kat depan untuk makan bersama. Jadi takboleh la ber FB kuat-kuat, merajuk orang sebelah nanti. Ah! masing-masing dah pandai… pandai-pandailah bahagikan masa.

Bagi yang dah anak anak, masa lapang makin terhakis dan inilah yang terjadi pada aku sekarang. ini baru dua orang anak. bukan sedozen lagi nih. Ni pun dah sibuk. Anak pertama nak mandi, anak kedua nak susu cap botol, dah siap semua tu mereka bermain dan di kakak pulak berkelahi degan adik, dah…. nak kena leraikan dulu… pastu dah lama main, nak tidur pulak…. sebelum tidur mengamok dulu yang kadang-kadang tak faham kenapa masih mengamok padahal susu dah habis. Rupanya nak berdukung dulu… baru tidur atas dukung dan alihkan ke tempat tidur…

gitulah sedikit sebanyak coretan kali ini. alhamdulillah.

Kehidupan

Transformasi Pendidikan 2011

Sebagai guru aku juga tidak terlepas dari mengikuti perkembangan pendidikan di malaysia.

Sekarang cikgu cikgi sibuk menghadiri kursus Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) sebagai persediaan persekolahan tahun depan yang akan dimulakan pada tahun depan 2011

Bermula 1hb lepas, beberapa orang cikgu di kehendaki menghadiri kursus persediaan yang dianjurkan oleh pejabat pelajaran daerah dan negeri di PPD.

Dalam masa yang sama juga sekolah sedang sibuk dengan ujian akhir tahun, majlis penyampaian hadiah, majlis makan malam hujung tahun yang setiap tahun diadakan.

Tidak terlepas juga meeting staf sebagai persediaan awal tahun depan dan juga refleksi berbentuk laporan setiap panitia dan laporan sasaran kerja tahunan setiap cikgu termasuk jawatan yang dipengang sepanjang tahun untuk melihat sejauh mana program yang telah dirancang itu dapat dijayakan atau tidak.

Aku jugak tidak terlepas membuat laporan kepada tuan GB dalam bentuk bertulis setiap tugasan yang telah diamanahkan.

Kehidupan

Raya sebulan

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam tua muda miskin kaya.

Pengalaman hidup kita membuatkan kita lebih matang. Ada sedikit kerugian jika kita membesar di tempat yang sama, bersekolah rendah ditempat yang sama, masuk universiti di negeri yang sama….dan berkahwin dengan negeri yang sama dan bekerja di negeri yang sama!  Pengalaman berada atau diperantauan adalah amat berharga sekali untuk dinikmati bukan untuk disedihkan, bukan untuk dikesalkan. Bahkan ia adalah anugerah Allah kepada kita supaya kita melata dibuminya mencari rezeki dan mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Usahlah merungut kerana kita ditentukan bekerja dinegeri orang. Insyallah lambat laun kita akan dapat bekerja di negeri kemahuan kita sendiri akan datang.

bercerita tentang beraya di bumi kenyalang agak berbeza sedikit kerana beraya disini disambut dengan meriah sekali. Di sini orang tempatan beraya dengan memakai baju melayu lengkap sehingga hari raya ketujuh. Apabila waktu malam, lampu neon dipasang diluar rumah yang bewarna-warni. Malam bulan syawal akan nampak meriah kerana apabila kita nak pergi beraya, kita kena lihat dulu adakah lampu neon sudah menyala atau belum? Jika sudah menyala tu maksudnya tuan rumah sudah sedia menyambut tetamu.

Menu wajib yang selalunya ada dimeja ialah kek lapis sarawak yang bermacam rasa dan warna. Boleh dikatakan disini nak jumpa air teh o tu…. agak susah kerana air minuman biasanya dihidangkan air bergas. coke ke, pepsi ke, F&N ke dan macam-macam air bergas. Kadang-kadang tak tahan saya minum air gas ni yang memang manis dan tidak baik untuk kesihatan. Kalau sehari 5 buah, 5 kali le jawapnya minum air gas.

——-

Kehidupan

Jadikan ia Idola

salam ramadhan dan salam sejahtera. Kita mesti OK! Luar biasa bagus dan hebat sekali. Usah jemu menyebut macam tu kerana anda sahaja yang tahu. Pandai-pandailah anda nak menyebut bila dan kat mana. Cover jangan bagi orang tengok hatta pasanganpun! Apo kono laki aku ni buang tebiat ke pagi-pagi nih?!!

Terus kepada tajuk entry kali ini. Kali ini aku nak bercerita tentang benda alah ni. hidup kita mesti ada Idola. Nak masuk syurga Allah kena ikut idola yang telah Allah turunkan. Ia dikalangan manusia juga. Bukan ikut jin dan syaitan.

Idola 1 – Konvensional bisnes.

Satu ketika ketika berada dikampong halaman, seseorang telah bersembang yang boleh dikira hati ke hati berkata. Buatlah ia Bos sementara ia masih hidup. Bagi aku ia memang betul. Walaupun kita banyak membaca buku berkaitan dengan bidang yang kita ceburi, ia masih tidak cukup. Buku hanya bercerita ‘cara’. Tetapi idola bercerita ‘cara’ yang telah teruji keberkesanannya. Yang paling penting ia bercerita dulu cerita kejayaan yang disusuli dengan pahit getir, jatuh bangun, orang dibelakangnya. jadi jangan pulak kita lalui jalan pahit yang telah dilalui oleh idola kita. Ia memakan masa dan juga kos.

Satu cerita yang paling melekat di hati aku ialah jangan cuba memasuki bidang terutamanya bisnes yang kita hanya dengar cerita kejayaan. Dengan kata lain jangan terjun kodok jika kita hanya tahu sedikit tentang bisnes yang kita ingin ceburi. Orang hanya suka melihat kita jatuh berbanding kejayaan kita.

Antara intipati percakapannya: Kisah bermula ketika mendengar benda ini boleh buat duit. harga yang boleh tahan. Masa itu modal ada banyak. Tanpa ada rujukan dan hanya dengar cakap-cakap orang, terus buat. Bila dah siap, tak juga jadi. Ubah disitu, ubah disni, tak jadi. Mula mencari guru… berguru tok guru ajar pulak cara yang dah outdated. Tak jadi jugak. Belajar lagi…lagi… mula mengkaji sendiri… cuba teknik tertentu… bolehla tahan sikit. lepas tu alatan kena curi pulak… Beli lagi. Kos ubahsuai melambung tinggi. Hampir mustahil nak berjaya tetapi sentiasa mencari jalan untuk berguru dengan cina. Dapatlah ilmu yang telah teruji dan bisnes itu sekarang makin berjaya dan berjaya. Daripada satu kawasan, hingga ke kawasan yang berlainan yang ia telah miliki. Sudah ada 7 cawangan yang beroperasi yang 2 tempat lagi sedang dibina yang menelan jutaan ringgit. Sekarang ini kepakaran sudah ada. Komitmen sahaja yang diperlukan.

Sudah panjang aku menulis kali ini. Entry yang akan datang, idola dalam bidang lain pulak. Bercanggah dengan bidang bisnes konvensional.

Insyallah akan aku tulis dilain waktu.

Kehidupan

Berpuasakah Kita?

salam ramadhan pada semua pelawat sekalian.

Alhamdulillah bertemu kita di bulan ramadhan. Bulan yang penuh berkat dan bulan yang penuh dengan peristiwa besar dalam sejarah perkembangan agama islam.

Entry ini saya akan laporkan antara inipati hasil dari mendengar kuliah mingguan semalam.

Niat puasa hendaklah berulang-ulang dan sebelum subuh untuk puasa ramadhan. Niat Puasa sunat sebelum zuhur. Solat 5 waktu sehari semalam sudah tentu ada niat setiap kali dan ia perlu disebut berulang-ulang. Tidak boleh ‘sahaja aku sembahyang zohor sebulan pada bulan ramadhan kerana Allah Taala.’ Niat begini tidak sah. Sama juga kebiasaan yang diamalkan kita niat puasa untuk sebulan pada bulan ramadhan. Niat sebegini tidak sah bagi mazhab shafie. Sah bagi yang mengikut mazhab Maliki.

Batal Puasa:

Puasa menjadi batal sekiranya air masuk kedalam liang yang terbuka. ( telinga, hidung, dubur dan qubul, mulut) Kelopak mata tidak termasuk di dalam istilah ini. Telinga yang dimasuki air tetapi apabila kita mengiringkan dan air itu boleh keluar, puasa masih sah. Tetapi apabila air masuk kedalam dan sampai terbaut telingapun tak keluar, maka puasa terbatal. Ia terbatal (air masuk telinga) sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Soal jawab:

Untuk penyakit kronik seperti sakit jantung, asma berterusan, gastrik berterusan dan apa2 penyakit yang kena makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan. Kalau tidak ikut, boleh membawa kemudaratan atau kematian.

Jantung: Mereka tetap kena puasa. Ubat mesti makan mengikut jam yang ditetapkan walaupun dalam bulan puasa. Bila selesai makan ubat, dia kena sambung puasa sampai waktu berbuka. Sesetengah pesakit jantung, sebelum makan ubat, kena makan sesuatu untuk mengalas perut, maka kena makan sekadarnya. Kalau makan nasi sampai kenyang tu, bukan lagi sekadarnya dah. Ini trik yang membatalkan puasa. Begitu juga dengan penyakit kronik yang lain yang memerlukan pesakit memakan ubat mengikut jadual. Lepas makan ubat, puasa ramadhan wajib diteruskan.

Tetapi pesakit kronik ini kena membayar fidyah sama ada beras atau wang ringgit. Adakah mereka kena ganti puasa ramadhan? Mereka tidak perlu ganti sehinggalah disahkan oleh doktor dan Allah menyembuhkan sepenuhnya dari penyakit itu. Maka dikala itu, puasa ramadhan wajib diganti.

Bab Tarawikh.

Buat 8 atau 20 rakaat?

Zaman nabi solat tarawikh 8 rakaat. Zaman sahabat di buat 20 rakaat. Tarawikh boleh dibuat sebanyak manapun boleh. walaupun zaman nabi buat 8, tetapi nabi menyambungnya di rumah yang kita tidak tahu berapa jumlahnya. Dikatakan nabi tarawikh sampai menjelang subuh. Wallua’lam. Ustaz yang bagi kuliah tu bercerita pernah satu ketika dia pernah solat tarawikh 8 rakaat tetapi habis pukul 12. Walaupun imam itu tua dan memakai tongkat, tetapi boleh berdiri sebegitu lama ketika menjadi imam sampai makmum tidak tahan.

Bab witir – Witir bermaksud ganjil.

Tidak boleh sembahyang witir 2 rakaat di masjid dan sambung 1 rakaat lagi di rumah. Kena sudahkan witir itu di satu tempat. Kalau di masjid, sudahkan di masjid, Kalau di rumah, sudahkan di rumah.

Lailatul Qadar: dikatakan 10 malam yang terkakhir akan berlaku malam lailatul qadar.

Sesiapa yang tertinggal solat tarawikh, ia tidak boleh qada. contohnya malam ini nak buat 16 rakaat untuk qada semalam yang tertidur. Siapa yang tertinggal solat tarawikh satu malam pun, maka tidak ada peluang baginya mendapat malam lailatul qadar.

wallahu’alam.

Kehidupan

Nukilan Kerengga

~ Amaran : HANYA UNTUK YANG BERLAPANG DADA! ~

Tidaklah aku menghina makhluk Allah ini

Tidaklah pula aku tahu kenapa ia di jadikan

Sifatnya suka mengigit

Sifat menggigit ini ada pada manusia

Manusia yang tidak senang dengan kesenangan orang lain

Manusia ini lagi tidak senang apabila sang juara berusaha untuk berubah

Bagi mereka… ‘hiduplah sesenang mereka!’

Tabahlah wahai sang juara. Larilah sekuat hatimu. berdikitlah langkahmu dengan konsistensi.

Berundur bukan bermakna mengalah. Berundur bermakna membina strategi.

Impianmu sudah jelas! Tergambar jelas dan terlukis di kertas.

Ayuh! Di ufuk timur, sinar impian sedang menanti……..

Kehidupan

Kadar OPR naik 25 point.

Untuk kali ketiga tahun ini kadar OPR telah dinaikkan…

Monetary Policy Statement

At the Monetary Policy Committee (MPC) meeting today, Bank Negara Malaysia decided to raise the Overnight Policy Rate (OPR) by 25 basis points to 2.75 percent. The floor and ceiling rates of the corridor for the OPR are correspondingly raised to 2.50 percent and 3.00 percent respectively. - Bank Negara Malaysia

Maybank antara yang terawal menaikkan BLR dari 6.05% p.a  kepada 6.30% p.a berkuatkuasa 13 julai 2010.

rujuk link di sini

Kehidupan

Nasihat Free!

Dalam era teknologi matlumat terlalu banyak nasihat yang free yang tidak kurang bagusnya dan berkesan.

Tapi…… adakah ia berkesan untuk seseorang itu melakukan tindakan ke atas nasihat yang mereka dapat secara Free tu? Jangan tanya aku. Tanya diri sendiri. Suka hati sendiri lah nak menyedapkan betapa kita sudah buat. Nak tambah ke, Nak kurang ke… terpulang.

Ada orang suka sembang seolah-olah dia tahu semua perkara. Alihlah topik apa sekalipun memang dia tahu. Sampaikan orang gelar dia ‘ si anu serba tahu’. Ulasannya meyakinkan. Susah nak mengaku kalah.

Akhirnya orang lain diam dan mengiyakan apa yang dia cakap. Angguk jelah. Senyum jelah. Bukan tanda kita setuju dengan pandangan yang dilontarkan tapi mudah-mudahan dia ‘lega’ dengan cara begitu. Puas terpancar di matanya.

Anda mahu nasihat free? memang banyak. carilah kat mana-mana topik pilihan anda akan jumpa. Tapi percayalah buang masa sahaja cari  benda yang anda perlu tapi ia free.

Titik terakhirnya ialah idea tu berhabuk dalam harddisk.

Kehidupan

Alahai… Anak muridku.

apa khabar anda hari ini? semua OK luar biasa bagus dan hebat sekali! Mantop gitu.

Sudah seminggu sekolah dibuka apa khabar anak murid sekalian?! Baik cikgu…..  Separuh kelas je sahut pertanyaan cikgu. Ape ni pagi2 dah lemah semangat! Saya tanya lagi sekali apa khabar kamu semua? Baik Cikgu!

Haaaaaaa ini baru betul!

Semangat murid dah berkobar nak belajar hari ini. Apatah lagi cikgu sudah sedia untuk mengajar. Ok hari ni kita baca al-quran muka surat 319. Hari ni saya nak murid yang boleh baca sikit-sikit dulu baca dan yang lain ikut.

Kelas jadi senyap tiba2…. Ha….kenapa dengan kamu?? Sebelum cuti kamu dah dapat baca al-quran tapi kenapa hari ini tak dapat baca? Apa yang saya minta kamu buat masa cuti hari tu? Baca quran cikgu. Habis? Kamu baca tak? Geleng2 kepala je. Patutlah 3 minggu cuti dengan al-quran pun cuti jugak.

Saborjelah walaupun dalam hati meruap nak marah.

begitulah situasi disekolah saya sebagai guru merasakan semacam sia-sia je aku mengajar jika budak tak pandai baca al-quran.

Namun saya serahkan pada Allah kerana hanya dia sahaja yang berhak menentukan. Saya hanya berusaha.

Kehidupan

Risiko didalam kemampuan

selamat pagi rakan netter sekalian. apa khabar anda hari ini. Biasa-biasa saja? Mana boleh biasa-biasa saja. Kena luar biasa Ok bagus dan hebat sekali! Angkat ibu jari kanan tanda ‘best’. ala-ala para penggiat MLM gitu.

Apabila kita berbicara tentang idea dan peluang perniagaan yang boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita dengan rakan-rakan yang pelbagai latarbelakang, akan ada timbul perkataan ‘modal besar’, tak berani, takut itu, takut ini, isteri nak beranak tak lama lagi, tokde nak buat dan bermacam-macam lagi. Apa yang anda fikirkan anda adalah betul. Apa alasannya anda adalah betul.

Tak kurang juga ada yang ligat berfikir erm… bagusnya idea ni! Kita boleh nampak gerak balas kawan-kawan yang berminat. Akan terkeluar soalan berbentuk ‘bagaimana’ nak buat, kos dan sebagainya.

Jawapan bergantung kepada soalan. Jika soalan tentang risiko, aku akan jawab tentang risiko. Jika soalan tentang potensi, aku akan jawab tentang potensi.

Jika kita bercerita tentang risiko, suatu idea tu akan nampak sukar dan kebiasaannya tak jadi buat. Macam kita pergi ke kedai la yang banyak pilihan baju yang cantik2 akhirnya tak jadi beli.

Setiap bidang yang kita nak ceburi hendaklah kita ada ilmu barulah risiko itu dapat ditangani dan didalam kemampuan kita. berkawan dengan orang yang mempunyai minat yang sama, bina network dengan bidang yang sama, insyallah kita akan berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...