Jurnal Praktikum minggu ke 12

Pada minggu lepas telah berakhir praktikum aku. Markah sudah diberi. Jika diberi Calon Cemerlang sudah tentu aku menolaknya. Bukan apa kawan-kawan… Kena penyakit malas la katakan. Tempoh 12 minggu praktikum sudah cukup memberikan cabaran buat pelajar yang menghadapi praktikum. Pelajarpraktikum  di sekolah bukan sahaja hanya tumpu kepada praktikum tetapi banyak tugas lain yang memerlukan komitmen kita terhadap sekolah seperti Sit-in, Teach in what ever la apapun namanya.

Bila di beri sit-in kita mesti masuk kelas yang di sit-in itu kerana budak zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Apa sahaja boleh berlaku di dalam kelas jikalau tiada guru yang masuk. Buat bising memang Sah murid-murid ni tetapi yang kita takut ialah jikalau berlaku sesuatu seperti kejadian bergaduh dengan membawa pisau lipat, berlari ke rumah bawa parang dan mengamuk si sekolahpun pernah terjadi. Benda inilah yang kita takut. Andaikata masa berlaku pergaduhan yang berat. Guru besar akan tanya dulu siapa yang mengajar masa kejadian yang berlaku itu? Jawab… jangan tak jawab.

Ok di sini aku akan tulis jurnal praktikum aku yang terakhir.

Sekolah:

Minggu ini adalah minggu sukan di sekolah aku. Antara tugas yang diberikan pada aku ialah sebagai AJK Publisiti, AJK Peralatan. Aku ditugaskan menghebahkan kepada penduduk kampong supaya datang ke sekolah pada hari sukan nanti. Antara acara yang menarik untuk ibu bapa ialah lari dalam guni berpasangan (suami isteri sahaja), teka gula dalam balang, Cabutan bertuah dengan hadiah lumayan, Lontar peluru, Isi air dalam botol dan 4x 100 meter bersaing dengan wakil dari pihak guru. Apa yang aku buat ialah dengan menampal iklan-iklan di tempat strategik dan menaikkan banner di kawasan sekitar laluan orang kampong. Sambutan memang menggalakkan dan saya menjangkakan banyak duit yang sekolah dapat hasil dari penjualan tiket bertuah, jualan makanan dan sebagainya.

Apa yang dapat aku katakan, sambutan dari penduduk kampong amat menggalakkan dan sukan pada kali ini amat meriah dengan perbarisan lintas hormat dari murid-murid, acara yang dipertandingkan dan juga sorakan dari setiap rumah sukan memang bermacam ragam bunyinya.

Walaupun padang sekolah seperti tempat kerbau melepak diselaputi selut, begitulah juga murid yang menyertai pertandingan seperti kerbau di penuhi selut. Aku sendiri seronok menyertai 4×100 meter walaupun aku terjatuh ketika berlari di sebabkan selut tetapi aku merasa seronok. Just for Fun.

Secara keseluruhannya pesta sukan ini berjalan dengan baik dan mendapat sambutan hangat dari penduduk kampong. Walaupun ada sedikit sebanyak kekurangan, ia dapat dijayakan dengan baik.

Murid:

Pada minggu ini hanya 2 waktu sahaja aku dapat mengajar mengikut RPH yang telah disiapkan kerana banyak perkara yang harus dibuat menjelang pesta sukan yang diadakan tidak lama lagi. Baki pada hari-hari lain terpaksa dikorbankan untuk taklimat staff, melakukan tugas yang diamanahkan dan sebagainya. Jadi dari segi tingkah laku murid-murid secara keseluruhannya (2 waktu mengajar) kelas dan tingkah laku murid dapat dikawal dengan baik. Aku beri satu tips supaya murid tidak bosan dengan teknik P&P yang sama ialah guru mesti melakukan atau mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal seperti permainan, teknik latih tubi dengan cepat dan menulis di papan putih dan sebagainya. Dengan cara ini kita sebagai guru boleh mengawal murid dari membuat bising ketika kita mengajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *