Category Archives: Uncategorized

Uncategorized

Interaksi Terakhir

Cikgu lain cuti tapi aku berhempas pulas dalam cuti ini untuk aku mendapat diploma perguruan malaysia.
jika tiada aral melintang, tamatlah sudah belajar formal aku untuk kali ini.

banyak ilmu pendidikan yang aku dapat di IPGM Kampus Batu Lintang ini untuk aku gunakan di sekolah nanti.

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah yang mengajar kami.

Uncategorized

Robotic

Uncategorized

Are you going to finish strong?

Uncategorized

Apakah aku Kena?

Minggu ini connection celcom broadband aku hanya GPRS. Walaupun sebelum connect, ada line UMTS. Apabila tekan ‘connect’ aku dapat GPRS.
Bulan ini aku belum lagi melebihi 5gb. Bulan ni baru 7hb. jadi apa relevannya 5gb/month? Aku dah setelkan bil bulan lepas sepatutnya berilah aku 5gb untuk bulan ni please…..

Uncategorized

Tema Hari Guru 2009

Aku bangga menjadi Guru. Tiada kata yang boleh diucapkan betapa bersyukur aku melihat anak didik aku yang naif, dari tidak dapat membaca, tercorot dalam kelas telah meningkat dapat membaca, menulis dengan kemas! Itu hanya sekelumit usaha dari aku untuk membina generasi akan datang. Generasi yang akan mendidik anak aku nanti.

Tema Hari Guru pada tahun ini:

Guru Pembina Negara Bangsa

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Klik untuk download Lagu Tema Hari Guru 2009!

Uncategorized

Yakin apa yang kita buat

keyakinan amat penting dalam kita melakukan sesuatu kerja. Buat saja apabila kita percaya bahawa kita betul. Kita tidak dapat lari dari celaan dan pujian orang.

Saya terbaca dalam buku tulisan dr. tuah dalam banyak pujian yang di terima mengatakan dia sendiri dikeji, dicemuh. Bak kata orang rambut sama hitam. Hati lain-lain.

Bila kita dah yakin apa yang kita buat betul, kita bertindaklah ke atasnya.

Orang biasa hanya kekal biasa jika dia bertindak secara biasa.

Uncategorized

Bacalah…. Dengan nama Tuhanmu.

Membaca jambatan ilmu. Aku membaca apa sahaja. Sekarang aku membaca topik motivasi. Sebuah buku dibeli di MPH Spring. Tulisan dr. HM Tuah. Aku terpandang di rak. Tajuk buku tu Buat Sampai Jadi. Oh! Teruja aku lantas aku mengambil dan Harganya RM10 sahaja. Buku setebal 317 muka surat! Tahniah Dr. HM Tuah kerana berani meletakkan harga semurah itu.

Sinopsis buku Buat Sampai Jadi.

pendekatan yang agak rilek yang sarat dengan ilmu dan pengajaran yang merupakan kisah benar yang terjadi disekeliling saya(Dr. Tuah). Binalah motivasi anda untuk menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Anda hendaklah melakukan sesuatu itu sampai jadi dengan disiplin dalam pemikiran yang positif. Biar orang lain melihat diri anda hebat dan luar biasa bagus.

Buku ini memberikan anda motivasi supaya bermuhasabah diri agar sentiasa tenang, sabar dan yakin kepada diri sendiri kerana itu adalah sikap orang mukmin yang baik. Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.

Berfikirlah agar anda memperolehi kecemerlangan dan jadilah diri anda sendiri.

Buku Buat Sampai Jadi!

Uncategorized

Toyota Camry untuk di Jual

Orang kata, dalam politik apa sahaja boleh berlaku. The Art of Possible. Pelik betul orang melayu berpolitik. Kenapa tak gunakan sahaja kereta yang baru dibeli tu? Duit tu rakyat yang bayar cukai. Semua orang tahu kereta ni susut nilai. Sudah tentu kerajaan baru Perak akan membeli kereta lain dan akan menggunakan duit hasil mahsul yang dikutip dari rakyat. Kasihanilah rakyat. Kita ada kuasa. Gunakanlah kuasa itu secara bertanggungjawab.

Kereta Toyota Camry bernombor hensem untuk dilelong!

Uncategorized

Jurnal Praktikum minggu ke 12

Pada minggu lepas telah berakhir praktikum aku. Markah sudah diberi. Jika diberi Calon Cemerlang sudah tentu aku menolaknya. Bukan apa kawan-kawan… Kena penyakit malas la katakan. Tempoh 12 minggu praktikum sudah cukup memberikan cabaran buat pelajar yang menghadapi praktikum. Pelajarpraktikum  di sekolah bukan sahaja hanya tumpu kepada praktikum tetapi banyak tugas lain yang memerlukan komitmen kita terhadap sekolah seperti Sit-in, Teach in what ever la apapun namanya.

Bila di beri sit-in kita mesti masuk kelas yang di sit-in itu kerana budak zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Apa sahaja boleh berlaku di dalam kelas jikalau tiada guru yang masuk. Buat bising memang Sah murid-murid ni tetapi yang kita takut ialah jikalau berlaku sesuatu seperti kejadian bergaduh dengan membawa pisau lipat, berlari ke rumah bawa parang dan mengamuk si sekolahpun pernah terjadi. Benda inilah yang kita takut. Andaikata masa berlaku pergaduhan yang berat. Guru besar akan tanya dulu siapa yang mengajar masa kejadian yang berlaku itu? Jawab… jangan tak jawab.

Ok di sini aku akan tulis jurnal praktikum aku yang terakhir.

Sekolah:

Minggu ini adalah minggu sukan di sekolah aku. Antara tugas yang diberikan pada aku ialah sebagai AJK Publisiti, AJK Peralatan. Aku ditugaskan menghebahkan kepada penduduk kampong supaya datang ke sekolah pada hari sukan nanti. Antara acara yang menarik untuk ibu bapa ialah lari dalam guni berpasangan (suami isteri sahaja), teka gula dalam balang, Cabutan bertuah dengan hadiah lumayan, Lontar peluru, Isi air dalam botol dan 4x 100 meter bersaing dengan wakil dari pihak guru. Apa yang aku buat ialah dengan menampal iklan-iklan di tempat strategik dan menaikkan banner di kawasan sekitar laluan orang kampong. Sambutan memang menggalakkan dan saya menjangkakan banyak duit yang sekolah dapat hasil dari penjualan tiket bertuah, jualan makanan dan sebagainya.

Apa yang dapat aku katakan, sambutan dari penduduk kampong amat menggalakkan dan sukan pada kali ini amat meriah dengan perbarisan lintas hormat dari murid-murid, acara yang dipertandingkan dan juga sorakan dari setiap rumah sukan memang bermacam ragam bunyinya.

Walaupun padang sekolah seperti tempat kerbau melepak diselaputi selut, begitulah juga murid yang menyertai pertandingan seperti kerbau di penuhi selut. Aku sendiri seronok menyertai 4×100 meter walaupun aku terjatuh ketika berlari di sebabkan selut tetapi aku merasa seronok. Just for Fun.

Secara keseluruhannya pesta sukan ini berjalan dengan baik dan mendapat sambutan hangat dari penduduk kampong. Walaupun ada sedikit sebanyak kekurangan, ia dapat dijayakan dengan baik.

Murid:

Pada minggu ini hanya 2 waktu sahaja aku dapat mengajar mengikut RPH yang telah disiapkan kerana banyak perkara yang harus dibuat menjelang pesta sukan yang diadakan tidak lama lagi. Baki pada hari-hari lain terpaksa dikorbankan untuk taklimat staff, melakukan tugas yang diamanahkan dan sebagainya. Jadi dari segi tingkah laku murid-murid secara keseluruhannya (2 waktu mengajar) kelas dan tingkah laku murid dapat dikawal dengan baik. Aku beri satu tips supaya murid tidak bosan dengan teknik P&P yang sama ialah guru mesti melakukan atau mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal seperti permainan, teknik latih tubi dengan cepat dan menulis di papan putih dan sebagainya. Dengan cara ini kita sebagai guru boleh mengawal murid dari membuat bising ketika kita mengajar.

Uncategorized

Ada apa dengan Celcom Broadband?

Entri kali ini berkaitan dengan celcom broadband. Apa yang aku dapat ialah reminder dari celcom broadband. Tenga sedap aku melayari internet satu sms dengan bunyi beeep dari modem e220 aku ni. jeng..jeng…. Sesedap je bagi sms reminder kat aku…

Sms Pertama: (1/2)Dear Sir/Ms, you have exceeded the 5GB/ mth usage as per Celcom Broadband policy. We reserve the right to control yr broadband speed when deemed nessary. Thk U.

Sms Kedua : A friendly reminder, your data usage is reaching the allocated 5GB/ mth (Celcom Broadband Policy). Pls reduce your usage to avoid having your speeds managed.

Hello Celcom Broadband! Kamu tidak kira berapa kali sahaja aku puashati dengan tahap kelajuan surfing internet? Pernah dalam satu bulan hanya kira-kira satu minggu sahaja line broadband aku laju. Bukan seminggu direct tetapi satu hari laju…. 4 hari slow….. macam tu dalam satu bulan.

Kalau aku bukan jenis penyabar, slow je aku terus call. Slow je aku terus call. Asyik-asyik ayat stereotype costumer service jawab. Tapi aku jenis sabar….sabar… tapi berapa lama nak kena sabar???? Haaaaaaa……..!

Lainkali…. iklan tu jangan hebat sangat!  Unlimited Broadband konon. Senang cakap 5gb usage per month. Baru la orang alert benda alah tu….

Ara faham…..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...